Saturday, February 01, 2025

Penggunaan Dokumen di dalam MS Word


➡️ Switching between open documents  : arahan ini untuk melihat beberapa dokomen yang kita buka dengan cepat tanpa menutup paparan dokumen yang sedang anda buka ini. Caranya klik pada View >> pilih Switch Window  >> pilih dokumen yang telah dibuka. Selalunya kita akan klik pada dokumen di bawah sahaja.

➡️ Tiling or cascading documents : Untuk menggunakan tetingkap ini buka beberapa dokumen klik pada View >> pilih Arrange All. Dokumen akan dibuka dalam 1 dokumen secara menegak berbanding jika menggunakan Side by Side.

➡️ Comparing documents side by side : Untuk melihat arahan ini sebelum itu buka dua dokumen yang yang memerlukan perbandngan klik pada View >> pilih View Side by Side. Secara automatik terpapar dua dokumen dalam satu skrin. Kegunaan ini untuk membandingkan perubahan dua dokumen yang dibuka.

➡️ Copying or moving selected items between documents : Arahan ini untuk memindahkan teks setelah paparan dua dokumen dalam satu skrin. Untuk salin klik Copy klik dokumen di sebelah pilih Paste. Untuk pindahkan dokumen seret dokumen ke dokumen sebelah.

🔑🗝  Nak belajar personal Kemasukan Februari 2025 meh WhatsApp : https://linktr.ee/komputerkuantan untuk join kelas. Khas yang serius nak kerja pejabat bahagian Perkeranian @ Pembantu Tadbir Kerja Pejabat.