⭐️ Tutorial MS Word : 2. Menyunting Paparan Asal ⭐️
Untuk Menyunting Paparan Asal Di Dalam Program MS Word 2016 sebelum memulakan menaip sebarang teks @ format.
2.1. Membina Folder baru di Desktop (warna kuning) : Hanya guna papan kekunci (Keyboard) tekan Ctrl + Shift + Huruf N. Paparan New Folder terpapar. Taipkan nama Folder. Tekan ENTER untuk menukar nama asal. Buka MS Word taip teks untuk Kod Jari. Simpan dokumen di dalam folder tadi. Hasilnya akan nampak paparan dokumen. Untuk nampak lebih kemas klik mouse kanan pilih Properties >> Customize >> Change icon >> pilihan bebas >> Apply >> Ok.
2.2. Buka semula Latihan Kod jari tadi untuk membuat sedikit perubahan (tukar tulisan, tukar jarak, buang garisan merah, tukar dalam Inci) seperti di bawah :
2.3. General : Klik pada File >> Options >> General kosongkan tanda >> Show Mini Toolbar (arahan yang akan keluar semasa select teks).
2.4. Proofing : Kosongkan >> kesemua 4 tanda diruangan Check spelling hingga Check grammar. Arahan ini perlu ditutup supaya di bawah teks tidak terpapar garisan merah/hijau akan kelihatan jika menambah simbol titik @ koma.
2.5. Advanced : Di ruangan Editing Options tandakan seperti gambar.
2.6. Di dalam ruangan Cut, Copy and Paste >> Untuk dapatkan gambar berada di atas teks klik … >> Arahan selanjutnya di dalam Buku Rujukan MS Word.
Tambahan : Tukar Font (kekal) | jarak Paragraph : 0 pt & Single (kekal).
[Nota penuh ada di dalam Buku Komputer & Video Belajar Komputer Perkeranian. Buku akan disediakan untuk yang ikuti Pakej Pekerja Mahir]