Friday, August 21, 2015

Testimoni Peserta Kursus

KISAH SEBELUM IKUTI KURSUS 1
--------------------------------------------

“Sebelum ini saya merupakan seorang yang buta IT yang berkaitan dengan komputer, saya tidak tahu banyak perkara berkaitan MS Office, malahan saya tidak tahu bagaimana hendak membuat Table, Slide Show, peta, sampul surat dan menggunakan apa-apa yang berkaitan komputer, kerana saya menggangap semua ini tidak penting. 

Saya cuma tahu asas sahaja tetapi tidak mengetahui apa fungsinya di sebalik WordArt, SmartArt, Mailing dan sebagainya. Saya tidak mahir untuk menaip teks yang panjang kerana ia mengambil masa yang lama, oleh kerana saya tidak mempunyai kecekapan dalam menaip di komputer saya berasa sungguh rendah diri. 

Apabila saya mencari di dalam internet kursus yang berkaitan dengan komputer saya ternampak di page Institut Perdagangan Munshi ada menyediakan kursus yang berkaitan dengan komputer lalu mengambil keputusan untuk mendaftarkan diri untuk meningkatkan ilmu saya kerana saya mendapat tahu IPM menyediakan tenaga pengajar yang terlatih”



Duratul Ain Suhaimi, Taman Tas, Kuantan.


KISAH SEBELUM IKUTI KURSUS 2
--------------------------------------------


“Pada mulanya saya tidak mengetahui apa-apa mengenai Aplikasi Komputer malah tidak mengetahui bahawa wujudnya penggunaan kod jari untuk kepantasan menaip. Sememangnya, saya sekadar menggunakan komputer mengikut kefahaman sahaja. Semasa berkursus, saya didedahkan tiga program Komputer pilihan. 

Saya diajar untuk menggunakan kod sepuluh jari untuk kepantasan menaip. Saya juga diajar cara untuk membuat data Mail Merge, sampul surat, slide show, kad ucapan dan sebagainya walaupun tempoh yang singkat mempelajarinya tetapi hasil idea kreatif CA yang mampu melatih setiap pelajar menggunakan strategi kaedah belajar cara cepat supaya pelajar dapat ‘pick up‘ dalam setiap topik dipelajari dengan berkesan. 

Walaupun pada mulanya saya kekok untuk belajar komputer tetapi semakin hari saya mempraktikkannya saya semakin cekap malah tugas yang dilaksanakan sepanjang pengajian amat pantas dan berkesan. Sejujurnya, saya mengetahui bahawa majikan memerlukan pekerja yang mempunyai kemahiran dalam Aplikasi Komputer untuk mengisi kekosongan dalam setiap jawatan dalam sektor pentadbiran dan ini adalah persediaan saya untuk melangkah ke alam pekerjaan. In sha Allah, dengan berbekalkan ilmu di dada, saya akan mempraktikkan kemahiran yang ada untuk kepuasan majikan saya apabila berada di sektor pekerjaan akan datang”


Nur Azlin Abdul Razak, Sungai Isap , Kuantan

Kiri : Ain, Fizah, CA (Guru Komputer) & Lin