Sempena Syawal bakal menjelang tiba saya Rabiah Adawiah (CA) ingin
mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pelajar Institut Perdagangan
Munshi yang pernah berguru dengan CA diucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri.
Sekiranya anda pernah berguru dengan CA mungkin CA pernah terkasar bahasa
terlanjur bicara mohon dimaafkan 0 – 0 ya...
Sebagai Hamba Allah kita tidak terlepas dari salah dan silap
sepanjang anda semua pernah menjadi anak didik CA. Sebagai guru CA akui CA
memang agak tegas @ garang di dalam mendidik pelajar terutama subjek komputer. Bukan
perkara mudah untuk melatih pelajar mahir di dalam kemahiran komputer jika
pelajar tersebut pernah mempelajari di tempat lain berbanding Zero Knowledge.
Bagi pelajar yang CEMERLANG kebiasaannya mengikut format yang CA ajar
berbanding yang tidak mengikut format yang diajar @ erti kata lain suka-suki
ikut format sendiri.
Alhamdulillah ramai pelajar lepasan #ipmmunshi telah
bekerja di sektor awam @ swasta berbekalkan ilmu kemahiran komputer MS Office
yang telah dipelajari semasa berkursus. Komen dari tempat pelajar #ipmmunshi
menjalani praktikal kebanyakan berpuas hati dengan tahap kemahiran pelajar ini
kerana pelajar #ipmmunshi mempelajari format MS Office (MS Word, MS PowerPoint
& MS Excel) dengan jayanya yang diperlukan majikan.
Untuk mengakhiri ucapan ini CA ucapkan sekali lagi Salam
Aidilfitri dari Institut Perdagangan Munshi, Kuantan.
Akan Datang : Pengambilan Pelatih Pengurusan Pejabat & Kesetiausahaan
Sesi September 2014 hubungi kami segera 0142197966 untuk bertanyakan sesi
terbaru.