[HARI
PERTAMA BELAJAR KOMPUTER 16/6/2014 ]
Hari
ini 16/6/2014 saya dapat mempelajari bagaimana untuk latihan kod jari dengan
menggunakan semua jari tangan saya dengan susunan huruf dan nombor dengan
betul. Tambahan pula, saya juga telah mempelajari bagaimana untuk menukarkan
warna dan bentuk tulisan yang berlainan. Di samping itu, saya juga telah tahu
bagaimana hendak menukarkan huruf besar ke huruf kecil tanpa menggunakan Caps
Lock. Saya juga telah mempelajari meletakkan border dan gambar dalam kerja
saya. Malahan pula, dapat menggunakan Bullet
dengan susunan yang betul.saya dapat menukarkan Margins Normal kepada Margins
A4 untuk mendapatkan ketepatan apa yang kita lakukan. Seterusnya, saya boleh
menukarkan folder mengikut gambar dan corak yang saya mahukan. Saya juga telah
mempelajari cara menggunakan Clip Art dan meletakkan dalam saya punya kerja dan
menggunakan Text Wrapping yang pelbagai jenis. Ulasan : Siti
Norainshah Bt Zakaria.
Hari
ini 16/6/2014 saya dapat mempelajari belajar menaip menggunakan kod jari, belajar
menaip di Microsoft Word, belajar menyimpan dokumen yang telah siap dibuat, edit
perkataan menggunakan Microsoft Word, meletak gambar warna pada tulisan, belajar
menggunakan Bold, Italic dan Underline pada tulisan, menukarkan saiz kertas
pada saiz A4, Page Borders serta menggunakan Bullet dan Numbering pada
permulaan atau simbol di pertengahan ayat. Ulasan : Nur Ika Syuhada Bt Abd Hamid.
Hari
ini 16/6/2014 saya belajar menaip latihan kod jari, Text Highlight Colour, Font
Color, Change Case, Superscript, Subscript, dan Striketrough. Saya juga belajar
macam mana nak Bold tulisan, Italic dan Underline. Selain dari itu saya belajar
menggunakan Bullet,Numbering, Library,Clip Art, Page Borders, Page Colour, Margins
dan Size. Save documents, menggunakan tulisan menaip, menggunakan teknik jari
ketika menaip dan membuat Folders untuk save latihan kerja. Ulasan : Nik Athirah Binti Ayob.