Saya Nurzahirah Mohamad Zin, telah terpilih untuk
menjalani kursus Aplikasi Komputer dan telah mengambil 4 program iaitu MS Word,
MS Power Point, MS Excel dan MS Access. Saya sangat gembira dan teruja untuk
mempelajari program yang terdapat di IPM.
Pada awalnya saya tidak mahir dalam
penggunaan MS Office. Tahap kecekapan saya adalah rendah semasa menggunakan
program MS Word dan MS Excel. MS Power Point dan MS Access pula, sangat
jarang-jarang digunakan dalam aktiviti harian. Tenaga Pengajar komputer banyak
membantu saya dalam mendalami ilmu aplikasi program MS Office ini. Ilmu pengetahuan
saya tentang aplikasi komputer ini semakin meningkat dan kemahiran ini
memudahkan saya membuat kerja dengan tepat dan pantas.
Saya juga rasa sangat
bertuah dan bersyukur ke hadrat Illahi kerana ditemukan dengan tenaga pengajar
yang sangat sporting dan hebat.MS Word merupakan program yang digunakan secara
meluas dalam aktiviti pengurusan pejabat. Di dalam MS Word, saya telah
mempelajari bagaimana membuat Mail Merge pada surat, membina borang dan
menyediakan format surat rasmi yang sebenar.
MS Power Point pula mengajar saya
untuk lebih kreatif semasa membuat perbentangan dan juga boleh membina pelan
serta iklan promosi. MS Excel pula memudahkan pengiraan yang banyak dan sulit
serta memberi jawapan yang tepat. MS Access pula membolehkan saya untuk membina
borang secara dalam talian serta memudahkan pengurusan maklumat terkumpul.Ilmu
yang telah dipelajari di IPM adalah berbeza dan teknik pengajarannya yang
berkesan.