Saya Nurul Shafira Azhar, menjejak kaki di IPM dengan
dada yang kosong, iaitu tanpa pengetahuan tentang pengunaan komputer walaupun peringkat
asas. Hal ini kerana sebelum ini saya tidak pernah mengambil kursus komputer.
Hadirnya saya di IPM ini, setelah saya terpaksa melepaskan sebuah pekerjaan
yang amat bagus bagi saya kerana saya tidak mempunyai kemahiran komputer.
Selang
beberapa bulan saya mula mengenali cara penggunaan komputer. Apa yang pasti
saya amat seronok mempelajarinya. Walaupun agak sukar pada mulanya tetapi lama
kelamaan saya semakin tertarik untuk mengetahui lebih mendalam tentang
penggunaan komputer. Saya cuba memahami
apa yang diajar oleh tenaga pengajar komputer di IPM. Saya telah diberi
kemudahan dengan buku rujukan serta nota yang telah disediakan.
Saya membuat
setiap latihan berdasarkan nota yang diberi. Sekiranya ada yang masih saya
kurang jelas @ tidak difahami CA akan diterangkan sehingga saya memahami apa
yang dipelajari. Walaupun saya tidak sepantas pelatih yang lain saya amat
gembira kerana 50% tentang penggunaan komputer telah saya miliki.Kini saya
lebih yakin dengan kemahiran yang telah saya perolehi. Segala tunjuk ajar yang
telah diberi oleh pengajar iaitu Cik Adawiah akan saya manfaatkan sepenuhnya
apabila saya menjalani pratikal dan alam pekerjaan. Kini saya juga lebih yakin
untuk menjawat jawatan seperti dulu. Saya sangat bersyukur kehadrat Ilahi
kerana membuka pintu hati saya untuk menuntut ilmu di IPM. Jutaan terima kasih
untuk CA dan rakan pelatih sekalian di atas tunjuk ajar dan bantuan yang telah
diberi tanpa jemu. Hanya Allah S.W.T sahaja yang dapat membalasnya.