Saya Norain Ab
Jabar, sebelum saya mengikuti kursus ini saya tidak mempunyai banyak kemahiran
dalam bidang pengurusan pejabat. Sebelum ini saya pelajar lepasan SPM dan
mengganggur serta bergantung kepada ibu bapa. Saya telah mencari beberapa
pekerjaan tetapi tidak berjaya kebanyakan jawatan kosong memerlukan kemahiran komputer. Saya
tidak memenuhi syarat-syarat jawatan tersebut.
Pembelajaran saya di sini telah
diperkenalkan oleh salah seorang rakan saya. Semasa kursus saya diajar cara-
cara menyediakan dokumen seperti iklan, surat tawaran, mencetak sampul surat
dan lain-lain lagi. Selain itu, di dalam kelas MS Power Point pula saya diajar
membuat tugasan yang melibatkan pembentangan yang melibatkan komputer. Di dalam
pembelajaran MS Excel pula saya telah diajar menyediakan dokmumen yang banyak
melibatkan pengiraan dan ia menjadi
mudah dengan menggunakan format-format yang tersedia di dalam program.
Saya memperolehi banyak ilmu dan kemahiran yang diajar dan
dikongsi oleh tenaga pengajar di sini. Saya beharap selepas menamatkan kursus
ini saya dapat menfaatkan ilmu kemahiran yang saya pelajari disini. Saya juga
beharap semasa di alam pekerjaan nanti saya dapat melaksanakan tugas dengan
cemerlang dan menjadikan saya pekerja yang berdedikasi. Terima kasih kepada
tenaga pengajar yang telah banyak memberi
tunjuk ajar kepada saya selama berkursus di sini.