Saya Nur Fatihah Abdillah sebelum mengikuti kursus komputer di IPM saya mempunyai
pengetahuan pengunaan komputer yg agak lemah. Sebelum ini saya hanya menggunakan
teknik yang tidak mengikut format tempoh yang diberikan agak lama untuk
disiapkan. Saya juga menyangka cara pembelajaran di sini sama seperti di
tempat lain.
Semasa berkursus di IPM sangkaan saya selama ini silap kerana
belajar di sini bukan seperti tempat lain kerana cara pembelajaran di sini amat
teliti. Saya dapat mempelajari cara menggunakan kod jari dengan betul, saya juga
dapat mengetahui tentang penggunaan huruf-huruf yang terdapat pada papan
kekunci. Saya juga dapat mempelajari format surat dengan betul, menyimpan data
& banyak lagi. Saya juga diajar tentang cara cepat untuk membuat sebarang
tugasan.
Disamping itu saya juga belajar tentang membuat slide dengan cara yang
betul. Saya berterima kasih kepada Cik Adawiahatas didikan beliau saya telah
banyak mengetahui tentang asas penggunaan komputer. Saya juga dapat menaip huruf-huruf
di papan kekunci dengan teknik yang betul.Pada masa yang sama, belajar di IPM ini
tidak seperti yang saya sangkakan kerana gurunya memberi penekanan kepada
pelajarnya untuk berjaya.
Saya yang selama ini kurang berpengetahuan mengenai
penggunaan komputer menjadi lebih berkemahiran tentang pengunaan komputer di
pejabat.Saya berharap segala ilmu yang dicurahkan oleh guru saya akan saya
gunakan untuk latihan praktikal atau bekerja kelak.