Saya Zaharah Abdullah, sebelum masuk IPM, saya menyangkakan cara pengajaran dan pembelajaran
di IPM adalah seperti kebiasaan di tempat lain. Saya juga menyangkakan bahawa
tenaga pengajarnya memberi tunjuk ajar tanpa penelitian secara individu.
Ternyata itu hanya pemikiran saya sahaja. Pengajaran dan pembelajaran di dalam
kelas amat berlainan dari apa yang difikirkan. Pembelajaran di dalam kelas amat
menyeronokkan. Saya akui pengetahuan saya dalam penggunaan dalam aplikasi
komputer amatlah cetek.
Saya tidak mempunyai kemahiran dan pengetahuan dalam
menggunakan komputer dan tidak pernah belajar komputer di tempat lain. Saya
juga tidak berminat untuk menggunakan komputer kerana tidak mempunyai asas
mengenainya. Terutamanya dalam program Microsoft Office. Banyak perkara yang
boleh diaplikasikan setelah mengetahui fungsinya, terutama dalam penggunaan “Mail
Merge”. Dengan kemahiran yang ada ini memudahkan lagi kerja apabila diberikan
oleh majikan. Malah, saya dapat rasakan bahawa mempelajari komputer amat
berharga sekali kerana di mana-mana pun jawatan sangat memerlukan kemahiran
ini. Saya telah berjaya mengetahui tentang penggunaan komputer dalam tiga program
Microsoft Office iaitu MS Word, MS Power Point dan MS Excel.
Semua kemahiran
ini, tidak pernah saya perolehi sebelum ini tetapi di Institut Perdagangan
Munshi, saya telah memperolehi teknik sebenar dalam penggunaan aplikasi
komputer. Kemahiran yang dimilliki ini akan digunakan dengan betul. Selain itu,
saya juga sudah pandai membuat sampul surat, borang dan surat dan merasa lebih
yakin untuk melakukan tugas berkaitan apabila menjalani praktikal nanti atau
melangkah ke gerbang alam pekerjaan yang sebenarnya.