Saya Nuratila Zulkifli, sebelum mengikuti kursus komputer saya pernah mempelajari
subjek komputer di tempat lain. Tetapi kebanyakkan apa yang saya pelajari
menggunakan shortcut. di IPM saya belajar dari mula (asas) yang mana tidak
menggunakan shortcut saya perlu mencari satu persatu, contohnya untuk mencari
Bullet, perlu Customize terlebih dahulu dan pilih satu persatu tanpa mengambil
yang sedia ada.
Ini membuatkan saya melakukan tugasan komputer dengan
lebih cepat dan tepat. Semasa mengikuti kursus saya diberi tugasan dan perlu
menyiapkan tugasan tersebut untuk layak memasuki ujian. Saya dikehendaki
mencari setiap fungsi Ribbon yang terdapat dalam MS Word, MS Power Point &
MS Excel.Tujuannya adalah untuk memudahkan saya lebih mengenali fungsi setiap
Ribbon yang ada dan cara penggunaannya. Saya juga dibekalkan dengan buku
nota/ buku rujukan setiap program untuk memudahkan saya untuk membuat latihan
dan rujukan di rumah.
Tenaga Pengajar menggalakkan saya untuk membuat latihan
di rumah sebelum pembelajaran di dalam kelas yang akan datang bagi memudahkan
sesi pembelajaran dan juga untuk melakukan tugasan di kelas dengan cepat dan
tepat serta masa yang digunakan untuk menyiapkan tugasan komputer yang telah
ditetapkan. Saya amat bersyukur kerana dapat mempelajari ilmu komputer yang
memberikan saya semangat untuk mengaplikasikan lmu tersebut. Ini memudahkan
saya untuk menyelesaikan kerja
yang berkaitan dengan Microsoft Office terutama dalam Microsoft Word, Microsoft
Power Point, Microsoft Excel. Saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada CA
dan juga rakan- rakan yang membantu mengajar saya dengan bersungguh-sungguh
hingga saya berjaya menguasai penggunaan komputer di pejabat.