Bagaimana untuk menghantar emel? Ramai pelajar bertanya alamat emel mana 1? emel akaun Facebook @ emel akaun Twitter?
Jika anda menggunakan emel yang sama untuk 2-2 akaun itu berserta kata laluan yang sama tidak menjadi masalah untuk anda mengingat kata laluan tersebut. CA menggunakan alamat emel yang sama untuk Facebook, Twitter @ lain-lain laman sosial yang dikunjungi. Untuk lebih kefahaman untuk akaun emel ini adalah yang utama anda bina.
Contoh alamat emel rasmi Kelas Komputer Kuantan adalah Komputerkuantan@gmail.com. Lihat seperti contoh di bawah :
Cara untuk memulakan klik pada Google Chrome --> di bahagian atas pilih Gmail. Akan dipaparkan di sebelah kanan untuk menaip alamat emel.
Sign in : taip alamat emel Komputerkuantan@gmail.com
Pasword : taipkan kata laluan
Tekan Sign in untuk log masuk.
Arahan loading akan terpapar beberapa saat seperti gambarajah.
Untuk Menghantar Emel yang baru kepada rakan atau tugasan, klik pada Compose. Ruangan To : taip Komputerkuantan@gmail.com (lihat contoh gambarajah). Untuk ruangan Subject : Tajuk / Perkara. Ruangan bawah isikan kandungan Testimoni tugasan anda.
Anda boleh membuat pilihan untuk menghantar dalam bentuk dokumen dengan menekan "Attach file" pilih lokasi dokumen pilih "Open". Paparan akan terhasil
Setelah selesai klik butang SEND di bahagian atas. Anda akan dapati arahan "Your message has been sent" itu bermakna dokumen yang anda hantar berjaya di terima pengirim.
untuk menyemak senarai dokumen yang telah dihantar klik pada bahagian kiri perkataan Sent Mail akan terpapar di bahagian atas senarai dokumen yang berjaya dihantar seperti di bawah.
Mengapa sesetengah emel tidak berjaya dihantar? Terdapat beberapa soalan di sini antaranya jika anda menekan Save Now, dokumen tersebut hanya untuk di simpan di dalam Draft sahaja. Jika anda menekan butang Send barulah dokumen itu berjaya.
~ Selamat Mencuba ~