Saya Nur Intan Farahhana Binti Zulkefli, No
Matrik SK-PP 04/5734/11. Pada mula saya mengikuti pembelajaran komputer di
Institut Perdagangan Munshi, saya telah didedahkan dengan program Microsoft
Word dan Power Point. Program tersebut antara program yang wajib dipelajari
bagi setiap pelajar yang mengikuti kelas komputer. Namun begitu, menyedari yang
ilmu seharusnya dikejar saya telah berusaha dengan lebih gigih. Atas tunjuk
ajar Cik Rabiah Adawiah, saya telah berjaya mengambil program Microsoft Excel
dan Access. Mungkin ramai tidak menyedari kepentingan program tersebut. Bagi
program Microsoft Excel, ia sekarang menjadi keutamaan bagi menyediakan
pelbagai tugasan harian apabila bekerja. Selain menyediakan akaun, ia juga
boleh membantu menyediakan laporan. Sekiranya dikaji, tidak ramai pekerja kini
yang berjaya menguasai program Excel ini dengan lebih mendalam. Jadi inilah
masanya untuk kita memepelajarinya supaya menjadi pekerja yang cemerlang kelak.
Saya lebih teruja apabila berjaya melepasi ujian bagi melayakkan untuk
meneruskan mengikuti program Access. Program Access memudahkan untuk
menyediakan borang dalam bilangan yang banyak. Saya berasa bersyukur kerana,
pelajar terakhir yang layak mengikuti program tersebut pada tahun 2006. Program
ini jauh lebih menarik kerana ia memerlukan kreativiti yang tinggi. Ia amat
mudah untuk dipelajari dan ia merupakan satu “tiket tambahan” jika layak
mempelajarinya. Apa yang penting adalah semangat dan juga usaha yang tinggi
untuk berjaya.
Tuesday, November 27, 2012
`Tugasan Akhir Komputer & Testimoni Peserta Kursus`
Filed under:
kelas komputer,
kepentingan program,
kreativiti yang tinggi,
menguasai program Excel,
Microsoft Word dan Power Point,
usaha yang tinggi untuk berjaya
- Digg
- Delicious
- Stumble