Peserta Testimoni : Saya Marahainah Binti Mamat, sebelum memasuki kursus komputer di IPM saya hanya mengetahui tentang komputer secara asas sahaja. Saya tidak pernah tahu bahawa di dalam program MS Word dan Power Point terdapat banyak perkara yang boleh saya lakukan dengan mudah dan cepat. Guru saya Cik Adawiah adalah guru yang terbaik dan mangajar saya dengan penuh tekun. Sepanjang berkursus banyak yang telah saya pelajari. Pakej yang ditawarkan juga berpatutan dengan ilmu yang telah saya terima.
Dalam program MS Word terdapat banyak fungsi-fungsi yang boleh membantu memudahkan untuk saya bekerja kelak antaranya saya mempelajari bagaimana membuat data persuratan ataupun sampul surat dengan lebih cepat. Selain itu saya juga mempelajari cara membuat memo dengan lebih kreatif. Saya juga telah di ajar bagaimana mahu menggunakan warna, corak, ketebalan dengan cara yang betul. Gambar juga boleh disunting dan diubah mengikut kehendak saya dengan hanya menggunakan MS Word. Segala jenis format surat yang betul telah ditunjuk ajar untuk menjadi lebih kemas dan teratur.
Di dalam program MS Power Point pula, ia agak ringkas berbanding MS Word dan lebih menyenangkan. Saya banyak mempelajari bagaimana hendak melakar graf di mana ia berkait rapat dengan program MS Ecxel. Saya amat teruja apabila mempelajari cara untuk membuat slide-slide dengan lebih kreatif, cara memasukkan lagu dalam slide dan membuatnya mengikut kreativiti saya. Saya juga mempelajari bagaimana hendak melakarkan pelan dengan hanya menggunakan shape dan warna ini saya juga mengetahui untuk mengabungkan program MS Word dan MS Power Point.
Ianya sangat mudah dipelajari, dari saya kosong dan hanya mempunyai ilmu yang cetek dalam komputer sekarang saya sudah menjadi seorang yang berjaya dan boleh melakukan apa sahaja dengan komputer. Pembelajaran saya bukan hanya di kelas kumpulan tetapi saya juga diberikan tugasan-tugasan untuk meningkatkan kemahiran komputer yang telah dipelajari.