Tuesday, September 04, 2012

Sekadar Menaip Suka-suka Tanpa Mengetahui Kegunaan Icon Komputer


Peserta Testimoni : Saya Ainul Yaqin Binti Mokhtar, amat berterima kasih kepada pihak IPM kerana memberi saya peluang untuk menimba ilmu pengetahuan di IPM. Sebelum saya belajar di Institut Perdagangan Munshi saya tidak mengetahui banyak perkara terutama di dalam Aplikasi Komputer. 

Saya hanya mengetahui tentang menaip semata-mata dan tidak mengetahui kegunaan ikon-ikon yang terdapat dalam Ribbon Microsoft Office Word & Microsoft Power Point. Semasa saya mengikuti program di IPM sepanjang 6 bulan, banyak perkara yang saya dapat pelajari dalam Aplikasi Komputer. Sepanjang berkursus saya telah mempelajari tentang cara-cara untuk memasukkan data dalam dokumen dengan kaedah Mail Merge yang tidak ramai mengetahui program MS Word dapat digunakan kaedah ini itulah keistemewaan mempelajari di IPM. 

Selain itu saya juga turut mempelajari cara-cara membuat borang, iklan dan lain-lain lagi. Dalam Microsoft Power Point pula saya mempelajari bagaimana membuat pelan samada pelan ke lokasi atau pelan jalan raya. Saya juga telah belajar mengenai bagaimana hendak membuat carta dan graf yang turut merangkumi sedikit Microsoft Excel. Saya turut diajar bagaimana hendak membuat kad ucapan samada kad hari guru, hari lahir dan sebagainya. Sepanjang mempelajari Aplikasi Komputer saya telah diamanahkan untuk membuat kerja kursus mengenai Ribbon yang terdapat dalam Microsoft Office Word. Saya harap dengan pengetahuan yang saya telah perolehi sepanjang berkursus di IPM saya dapat saya manfaatkan pengetahuan yang saya perolehi. Saya harap dengan ilmu yang diberikan oleh tenaga pengajar Aplikasi Komputer, Cik Adawiah saya dapat gunakan ilmu tersebut terutama ketika di alam pekerjaan kelak. 

Saya amat berterima kasih kepada CA kerana sanggup mengajar dan memberi saya peluang untuk menimba ilmu dalam program Aplikasi Komputer di Institut Perdagangan Munshi selama 6 bulan.