Peserta Testimoni : Saya Nurul Nasihah Binti Iza, bersyukur kepada ke hadrat ilahi kerana di beri keizinan untuk belajar di Institut Perdagangan Munshi ini. Pada mulanya saya berasa sangat takut dan gementar tapi dengan adanya semangat, usaha dan tujuk ajar tenaga yang baik saya berasa sangat berani dan bertuah dapat belajar di (IPM). Saya ingin mengucapkan berbanyak terima kasih kepada Cik Adawiah (CA) kerana menberi tunjuk ajar dan mencurah ilmu computer kepada saya dan rakan-rakan.
Daripada saya tidak tahu sampai saya tahu bagaimana untuk kegunaan komputer yang betul dan kegunaan kod jari yang sebenar di dalam penggunaan komputer. Sebelum mengikuti kursus kemahiran komputer di IPM, saya pernah mengikuti kursus komputer di salah sebuah pusat pembelajaran di tempat saya ini tetapi saya tidak dapat mempraktik apa yang telah saya pelajari di sana. Ini kerana di sana saya di ajar secara asas sahaja. Di IPM dengan adanya Buku Rujukan Aplikasi Komputer yang di bekalkan oleh tenaga pengajar komputer maka bertambah mudah dan senang untuk belajar dan membuat rujukan yang betul pada masa yang akan datang.
Saya telah menyiapkan sebarang tugasan berdasarkan apa yang telah dipelajari tanpa saya perlu menulis nota-nota yang panjang ini kerana tenaga pengajar komputer telah menyediakan semua itu. Saya mempelajari dua program komputer iaitu Microsoft Word & Microsoft Power Point. Banyak yang telah saya pelajari antaranya saya telah belajar mengenai cara-cara membuat plan, graf, carta organisasi, kad ucapan dan langkah demi langkah slide perbentangan. Selain itu juga, saya juga berjaya menyiapkan tugasan yang di amanahkan selain menduduki ujian bulanan komputer di IPM. Selepas tamat kursus saya akan akan pratik kemahiran yang saya ada di tempat kerja nanti. Bagi saya ilmu komputer amat berharga dalam hidup kerana setiap pekerjaan memerlukan kemahiran ini.
Saya amat berterima kasih kepada tenaga pengajar komputer Cik Rabiah Adawiah kerana telah memberi tunjuk ajar, tidak putus-putus memberi dorongan semangat kepada saya sehingga saya sampai ke tahap ini. Tempoh 6 bulan bagi saya terlalu singkat untuk saya mempelajari tetapi dengan ilmu yang saya ada ini akan saya gunakan dengan sebaiknya.