Tuesday, September 04, 2012

Berkat Kesabaran & Kesungguhan dari Zero Hingga Berkemahiran


Peserta Testimoni : Saya Nurul Ain Binti Dahalan, ingin menceritakan tentang testimoni perbezaan sebelum ikuti kursus dan perbezaan selepas mengikuti Kursus komputer di IPM. Sebelum mengikuti kursus komputer secara jujur sememangnya saya langsung tidak mengetahui apa-apa tentang kegunaan Aplikasi Komputer. Pada hari pertama kelas, saya diajar menggunakan kod jari dengan betul dan saya juga mempelajari tentang Microsoft Word. Banyak latihan yang diberikan oleh tenaga pengajar kepada saya supaya mahir dalam Microsoft Word. 

Antaranya ialah membuat sampul surat dan borang dengan menggunakan kaedah Mail Merge, membina Letterhead dan membuat Invoice. Selain itu, saya mempelajari tentang Microsoft Power Point, antara latihan yang saya belajar adalah membuat pelan, membuat carta organisasi dan Presentation. Dengan berkat saya belajar bersungguh-sungguh saya layak untuk mengambil program Microsoft Excel. Antara latihan yang saya pelajari di dalam program MS Excel ialah operasi pengiraan dengan cepat dan tepat dan banyak lagi yang saya pelajari. 

Dengan berkat tunjuk ajar tenaga pengajar saya iaitu Cik Adawiah (CA) yang telah banyak memberikan tunjuk ajar kepada saya tentang kegunaan komputer sampai saya mahir. Saya sangat berterima kasih kepada CA kerana telah menurunkan ilmu kepada saya. Selain itu, dengan semangat bersungguh-sungguh saya dapat mengetahui tentang kegunaan Aplikasi Komputer dengan cara yang betul. Sekarang saya sudah mahir menggunakan Aplikasi Komputer yang diajar oleh CA. Tanpa usaha saya juga, saya tidak akan berjaya hingga sekarang. Selama enam bulan saya belajar di Institut Perdagangan Munshi (IPM). 

Saya dapat menguasai semua yang diajar dengan baik. Saya amat berterima kasih kepada CA kerana telah mengajar saya dengan bersungguh-sungguh hingga saya berjaya menguasai semua tentang Aplikasi Komputer Penggunaan Pejabat.