Saya Siti Aisyah No. Matrik : SK-PP 02/5711/11. Sebelum ini saya merupakan seorang yang agak ketinggalan dalam ilmu komputer, tetapi setelah mempelajari tentang ilmu komputer di Institut Perdagangan Munshi saya telah mahir dalam menggunakan Microsoft Word, Microsoft Power Point dan juga dalam menggunakan Microsoft Excel.
Jika dulu seandainya ada tugasan yang memerlukan penggunaan komputer saya akan menyerahkan kepada rakan kerana tidak mengetahui bagaimana hendak melakukannya. Tetapi sekarang saya telah mahir dalam membuat Presentation dan sebarang kerja yang memerlukan penggunaan aplikasi komputer. Saya juga tidak tahu bagaimana untuk mengendalikan komputer.
Semasa saya mengikuti kursus komputer di IPM saya telah tahu dengan lebih mendalam tentang program Microsoft Office : MS Word, MS Power Point dan juga MS Excel. Di dalam Word saya telah pelajari tentang bagaimana untuk mengunakan Mail Merge yang memudahkan lagi kita untuk menulis surat di dalam kuantiti yang banyak. Di dalam Power Point pula saya telah pelajari bagaimana untuk membuat Slide Show. Saya juga telah mengtahui akan kegunaan sebenar Excel, ianya memudahkan saya untuk mengira dan membuat akaun. Say juga telah mempelajari bagaimana untuk menggunakan kod jari semasa menaip, ianya lebih memudahkan kita semasa menaip dan kita boleh menaip dengan lebih pantas dan betul.
Sebelum ini saya selalu tertanya-tanya bagaimanakah cara untuk menggunakan kod jari semasa menggunakan komputer, tetapi sekarang saya telah mahir dalam menggunakan kod jari yang selama ini tidak pernah saya ketahui. Saya tidak pernah mengetahui akan kegunaan Mail Merge, setelah berada disini saya telah mengetahu apakah kegunaan Mail Merge tersebut. Ianya merupakan sesuatu yang sangat menyeronokkan kerana tidak semua orang tahu akan kegunaan dan tahu menggunakannya.
Selepas saya mengikuti kursus ini saya lebih bersemangat untuk menghadapi alam pekerjaan yang lebih mencabar. Saya telah mengetahui bagaimana untuk menjalankan tugas yang akan saya hadapi. Segala pelajaran yang diperoleh akan memudahkan saya lagi untuk saya bekerja. Segala ilmu yang saya dapat ini akan saya praktikkan semasa saya bekerja nanti. Dengan adanya tenaga pengajar yang sangat mahir saya dengan mudah menerima ilmu dari beliau. Ribuan terima kasih yang tidak terhingga kepada Cik Adawiah yang telah banyak mengajar saya selama ini. Sekian terima kasih.