Sebelum mengikuti Kursus Aplikasi Komputer di Institut Perdagangan Munshi, saya pernah mengikuti kursus yang sama di tempat lain. Walaupun mengambil kursus yang sama, tetapi cara pembelajaran dan pengajaran berbeza di tempat sebelum ini, kebanyakkan apa yang saya pelajari menggunakan shortcut, di Institut Perdagangan Munshi saya belajar dari mula yang mana tidak menggunakan shortcut saya perlu mencari satu persatu, contohnya untuk mencari Bullet, perlu Customize terlebih dahulu dan pilih satu persatu tanpa mengambil yang sedia ada.
Semasa mengikuti kursus, saya diberi tugasan dan perlu menyiapkan tugasan tersebut untuk layak memasuki ujian. Saya dikehendaki mencari setiap fungsi Ribbon yang terdapat dalam Microsoft Word, Microsoft Power Point dan Microsoft Excel. Tujuannya adalah untuk memudahkan saya lebih mengenali fungsi setiap Ribbon yang ada dan cara penggunaannya. Saya juga dibekalkan dengan buku nota/buku rujukan setiap program untuk memudahkan saya untuk membuat latihan dan rujukan di rumah. Tenaga Pengajar menggalakkan saya untuk membuat latihan di rumah sebelum masuk belajar di dalam kelas bagi memudahkan sesi pembelajaran.
Untuk tugasan akhir, saya diberi tugasan iaitu membuat semula latihan yang pernah dipelajari tetapi mengikut kehendak soalan. Walaupun agak sukar kerana berpandukan pada soalan dan buku nota yang dibekalkan tetapi ia membuatkan saya lebih mahir dan kreatif. Tenaga Pengajar saya iaitu Cik Adawiah juga banyak memberi tips-tips sebelum menghadapi peperiksaan bagaimana untuk skor markah dan mengikuti kehendak soalan. Selain dari itu, saya juga diajar bagaimana untuk menggabungkan wordart dengan gambar untuk menjadikan 1 gambar. Disini, banyak perkara baru yang saya pelajari tentang Apliksi Komputer, salah satunya Mail Merge. Mail Merge merupakan satu perkara yang tidak pernah saya pelajari sebelum ini. Mail Merge merupakan satu cara untuk surat yang tidak perlu kita buat salinan yang banyak untuk menghantar kepada ramai orang cuma menggunakan satu surat dan dapat di hantar kepada ramai orang.
Setelah mengikuti kursus di sini selama 6 bulan, saya lebih mahir menggunakan Microsoft Word, Power Point dan juga Excel berbanding dengan sebelum ini. Saya juga menjadi lebih kreatif kerana banyak fungsi yang ada dalam Aplikasi Komputer telah saya ketahui dan cara untuk menggunakannya. Terima kasih kepada Cik Rabiah Adawiah binti Md Nasir, kerana banyak memberi saya tunjuk ajar. Jasa dan budi CA tidak akan saya lupa. Sekian terima kasih.