Friday, November 04, 2011

~Testimoni Pelajar Sesi April - November 2010 (Part : 2)

KHAIRUL ANUAR BIN SALLEHUDDIN  [SK-PP 04/5650/10]
Saya Khairul Anuar Bin Sallehuddin amat berterima kasih kepada warga IPM. Ternyata pilihan saya dalam penggunaan komputer dengan betul dan konsisten. Banyak perkara yang saya belajar seperti Microsoft Word dan Power Point. Saya dapat belajar cara membuat surat menggunakan Mail Merge dan sebagainya. Dengan adanya Buku Aplikasi Komputer menjadi panduan dan rujukan kepada saya pada masa akan datang.

SITI NATASA BINTI AB MALEK [SK-PP 04/5658/10]
Saya  Siti Natasa Binti Ab Malek, saya amat berterima kasih kepada tenaga pengajar IPM kerana telah bertungkus lumus mengajar saya dalam pelbagai bidang. Terutamanya kemahairan komputer dan cara menggunakan komputer dengan betul, mudah dan cepat. Dengan adanya kemahiran ini saya mungkin akan dapat mengatasi segala masalah yang berkemungkinan berlaku di alam perkerjaan nanti.

NURUL AFIQAH BINTI ROSDI [SK-PP 04/5651/10]
Saya Nurul Afiqah Binti Rosdi, alhamdulillah setelah habis kursus komputer selama 6 bulan di IPM ini, saya dapat rasakan bagaimana belajar komputer dengan cara yang betul. Sebelum ini saya tidak tahu cara membuat surat, sampul surat dan banyak lagi pengetahuan komputer ini. Setelah saya belajar dengan Cik Adawiah akhirnya lancar menggunakan komputer yang lebih baik. 

NOR FAIEQA BINTI ZAINUREN [SK-PP 04/5659/10]
Saya Nor Faieqa Binti Zainuren pendapat saya mengenai pengetahuan komputer yang telah saya pelajari di IPM. Selama saya belajar bersama Cik Adawiah saya amat berpuas hati dengan cara pembelajaran yang diajar. Dimana beliau mengajar seorang demi seorang. Pada mulanya saya langsung tidak mempunyai ilmu dalam pengendalian komputer tetapi setelah diajar oleh Cik Adawiah saya sudah hampir mahir. Terima kasih yang tidak terhingga kepada Cik Adawiah.

SURAYA BINTI HARUN [SK-PP 04/5656/10]
Saya Suraya Binti Harun sebelum ini saya pernah mengikuti kelas komputer. Microsoft Office 2003. Setelah lama saya tidak membuat latihan dan memahirkan kemahiran yang saya ada lama-kelamaan saya lupa. Di IPM saya dapat pelajari semula Microsoft Office 2007. Peluang kali kedua ini dapat saya mengenali dan memahirkan lagi kemahiran komputer. Walaupun berbeza Microsoft Office 2003 dan 2007. Saya tetap belajar dari mula. Baru kali ini saya tahu bagaimana untuk membuat Mail Merge. Sungguh banyak pengalaman yang saya pelajari di sini. Saya mengucapkan terima kasih kepada Cik Adawiah yang banyak membantu.