Friday, November 04, 2011

~Testimoni Pelajar Sesi April - November 2010 (Part : 1)

ROZAITUL AZWA BINTI ISMAIL [SK-PP 04/5657/10]
Saya Rozaitul Azwa Binti Ismail bersyukur ke hadrat ilahi kerana di beri peluang untuk menimba ilmu di sini. Selama saya menjalani kursus disini pelbagai ilmu yang saya perolehi yang mana dulu saya tidak pernah terfikir pun tentang semua ini. Saya telah diajar dengan menggunakan kod jari yang betul semasa menaip, membuat surat dengan lebih cepat dan mudah, mempelajari tentang Microsoft Power Point yang dulu saya tidak pernah tahu. Akhir kata saya amat berterima kasih kepada Cik Adawiah yang telah mendidik saya dari ‘0’ sehingga telah berjaya mengetahui tentang komputer.

SITI NOORAFAIZURA BINTI MARZUKI [SK-PP 04/5653/10]
Saya  Siti Noorafaizura Binti Marzuki adalah salah seorang pelajar di Institut Perdagangan Munshi. Di IPM saya dapat mempelajari banyak perkara tentang penggunaan komputer. Contohnya, Cara menggunakan komputer dengan betul, mudah dan cepat. Cara menaip surat mengikut format yang betul, dan cara yang mudah untuk mempercepatkan melaksanakan sesuatu tugasan. Disini, juga saya didedahkan dengan penggunaan kod jari di mana kerja dapat dilaksanakan dengan cepat dan dapat mengelakkan daripada melakukan banyak kesalahan sewaktu menaip. Buku rujukan yang disediakan mudah difahami dan mengandungi langkah-langkah yang betul mengikut prosedur-prosedur yang diingini oleh majikan.


ROSMAIZURAIZA BINTI YAAKUB [SK-PP 04/5660/10]
Saya Rosmaizuraiza Binti Yaakub setelah masuk IPM, banyak perkara yang saya pelajari sampaikan saya menjadi mahir dari sebelum ini. Setelah masuk IPM barulah saya mengetahui cara-cara menggunakan komputer dengan betul dan cepat. Saya juga diajar menaip menggunakan kod jari yang betul bagi mempercepatkan lagi kepantasan menaip. Saya rasa bertuah kerana diberi peluang menuntut di IPM. Selepas ini saya akan menggunakan ilmu yang diberikan sebaik mungkin. Saya juga ingin mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada Cik Adawiah yang banyak membantu dan membimbing saya selama saya menuntut di IPM.


NORALIZA BINTI ALI [SK-PP 04/5654/10]
Saya Noraliza Binti Ali salah seorang penuntut IPM yang mengambil kursus komputer di sini. Pelbagai kaedah untuk mempelajari teknik menaip komputer dengan pantas dan betul mengikut format yang asal dengan saya mempelajari selama 6 bulan di IPM. Saya merasa bertuah kerana tenaga pengajar di sini terutama Cik Adawiah tidak jemu mengajar saya dan tidak lupa Cik Farizan memberi teknik mempercepatkan menaip dengan mendisplinkan diri dengan mengunakan kod jari. Semua itu tidak pernah saya alami tetapi di sini semua saya di ajar A hingga Z teknik sebenar komputer.
  

NOR AZURAINI BINTI MOHD ARIFFIN [SK-PP 04/5661/10]
Saya  Nor Azuraini Binti Mohd Ariffin. Pengetahuan saya mengenai komputer terlalu cetek dan lemah sekali, Sehingga saya tidak peduli dan tidak kisah jika tidak mempelajarinya. Saya dapat merasakan bahawa mempelajari komputer amat berharga dan penting sekali dimana-mana pun jawatan kosong sangat memerlukan kemahiran komputer. Setelah mengambil keputusan untuk belajar komputer di IPM. Saya lebih dapat pengetahuan mengenai komputer di IPM. Cara beliau memberi tunjuk ajar Cik Adawiah dan seorang pelajar ke seorang yang lain untuk menunjuk ajar.


[Bersambung Part : 2]