Assalamulaikum w.b.t. saya Nor Iasah Binti Ibrahim, No Matrik SK-PP 01/5689/11 pelajar Institut Perdagangan Munshi sesi Jan - Jun 2011. Kursus yang saya ambil di IPM adalah Pengurusan Pejabat. Mengimbas kembali pembelajaran saya untuk subjek komputer amatlah sukar pada mulanya, secara jujur sememangnya saya langsung tidak mengetahui sepenuhnya tentang penggunaan komputer dalam urusan seharian.
Kelas pertama saya diajar bagaimana menggunakan kod jari ini untuk memudahkan kita menaip dengan pantas dan mengurangkan kesalahan ejaan, selepas itu saya diberikan latihan bagi memahirkan diri saya dalam penggunaan komputer bermula dari MS Word kemudian MS Power Point dan akhir sekali MS Excel, dalam tempoh yang singkat iaitu hanya 6 bulan saya juga diberikan tugasan dalam masa yang singkat untuk melakukan beberapa kerja kursus yang diberikan oleh Cik Rabiah Adawiah selaku tenaga pengajar untuk kelas komputer ini.
Walaupun dalam tempoh yang singkat CA dapat melatih saya menjadi mahir dari tidak tahu apa-apa mengenai penggunaan komputer sehingga saya mahir dalam melakukan apa sahaja tugasan yang diberikan oleh CA. Terima kasih yang tidak terhingga untuk CA kerana tidak jemu-jemu mengajar saya selama menjalani kursus di IPM, jasa dan usaha CA terlalu bernilai untuk saya, jika selama saya menjalani kursus di sini ada yang membuatkan CA terguris hati seribu kemaafan saya mohon kepada CA.