Assalamualaikum, terlebih dahulu saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Cik Rabiah Adawiah kerana memberi saya kesempatan untuk berkongsi sedikit pengalaman saya sepanjang mengikuti kursus Aplikasi Komputer di IPM. Sebelum ini pengetahuan saya tentang komputer sangat kurang. Saya hanya mengetahui asas-asas dalam penggunaan komputer. Setelah mengikuti kursus Aplikasi Komputer di IPM ini, pengetahuan saya mengenai komputer semakin bertambah.
Di bawah didikan Cik Rabiah Adawiah, saya telah di ajar bagaimana menggunakan komputer dengan efektif. Sepanjang 6 bulan mengikuti kuliah komputer, 3 program yang sempat saya pelajari iaitu MS Word, MS Power Point dan juga MS Excel. Saya sangat berpuas hati dengan kaedah pembelajaran untuk kuliah aplikasi komputer ini di mana pelatih yang telah menghabiskan satu program boleh memulakan program seterusnya tanpa menunggu pelatih-pelatih lain yang masih belum menghabiskan program tersebut.
Selain itu juga, istimewanya kursus aplikasi komputer ini ialah saya dapat mempelajari teknik-teknik penyuntingan gambar hanya melalui MS Power Point. Selama mengikuti kursus ini, pengetahuan saya terhadap penggunaan komputer semakin bertambah dan dapat meningkatkan lagi kemahiran saya menggunakannya. Cik Adawiah juga mengajar seorang demi seorang, jadi ianya membuatkan pelatih lebih senang memahami dan mengingati apa yang telah dipelajari.
Setelah saya mengikuti kursus Aplikasi Komputer ini, saya mempunyai keyakinan diri untuk menggunakan komputer dan lebih mudah untuk mendapatkan pekerjaan. Terima kasih sekali lagi kepada Cik Rabiah Adawiah kerana telah bertungkus lumus mengajar saya selama 6 bulan ini. Terima kasih juga kepada pihak IPM kerana telah menyediakan kursus Aplikasi Komputer yang mana kemahiranya sangat diperlukan masa kini. Segala ilmu yang telah saya pelajari saya akan gunakan sepenuhnya ketika berada di alam pekerjaan kelak. Insya-Allah. Sekian terima kasih.