Thursday, March 10, 2011

Mengapa Pelajar GAGAL dalam Ujian?

Salam kepada pelajar G04, CA telah membuat semakan mengenai Ujian Bulanan Kali Ke-2. Ada pelajar yang meningkat keputusannya dan ada juga yang yang merosot keputusan komputer.


Berikut disenaraikan kesilapan yang telah dilakukan :

  1. Tidak mengikut DISIPLIN yang telah ditetapkan semasa proses ujian berlangsung. Contoh :- Tidak menggunakan Kod Jari dengan betul, format, penggunaan masa, terlalu banyak kesalahan ejaan, aktif @ tidak papan kekunci, tidak kreatif dalam menjawab soalan.
  2. Rata-rata seperti tidak bersedia dengan ujian yang bakal diduduki kelihatan Stress yang keterlaluan (Seperti tiada ciri-ciri sebagai seorang pekerja yang diperlukan majikan).
  3. Tidak membuat ulangkaji / membuat ulangkaji tidak memfokuskan kepada Format Ujian. 
  4. Format Bagi Bahagian A (MS Word) ada peningkatan. Cuma bagi program MS Power Point keputusan dikira Lemah.
  5. Antara lain GAGAL membezakan format yang kelihatan serupa seperti membuat Frame (Rectangle dengan Page Border), Teks (Text Box dengan WordArt), Column dalam Table dengan Column di dalam dokumen, pemilihan kedudukan gambar -Text Wrapping (Behind Text / Square / In Front Of Text).
Cuba anda UBAH perkara-perkara berikut @ ELAK perkara-perkara berikut :

  • UBAH corak pembelajaran anda. Bagaimana caranya? mudah sahaja, anda telah memiliki Buku Rujukan MS Word @ MS Power Point sila taip semula seperti yang anda pelajari di bilik kuliah. Buat penukaran seperti yang telah diajarkan kepada anda.
  • USAHA untuk mengingati Modul 1 hingga 4 telah dipelajari semasa berkursus di IPM. 
  • FOKUS mengetahui setiap latihan ada perubahan/penambahan.
  • NIAT perbetulkan niat berbalik kepada niat asal mengikuti kursus untuk menimba seberapa banyak ilmu dan kemahiran selama berkursus.
  • ELAK dari perasaan MALAS ulangkaji kepada RAJIN ulangkaji yang betul dan sistematik. Peruntukkan hanya 2 jam sahaja sehari (pagi & petang)
  • RAJIN buat solat hajat & solat 5 waktu. Segala kejayaan @ kecemerlangan ditentukan oleh Allah S.W.T.
Pesanan CA : Saya hanya memberikan ilmu kemahiran yang diperlukan untuk peluang kerjaya TETAPI andalah yang harus berusaha lebih jitu untuk memanfaatkan ilmu yang telah diberikan. Pendek kata jika anda minat semua boleh jadi. 
Kiriman akan datang : Makanan terbaik untuk minda