Monday, August 06, 2012

Teknik Pembelajaran Berkesan


PANDUAN BERKESAN MS WORD, MS POWER POINT & MS EXCEL

Anda dinasihatkan untuk membuat pembacaan yang luas mengenai rencana komputer. Jangan hanya bergantung kepada buku latihan komputer (di bilik komputer) sahaja. Pembelajaran komputer memerlukan anda membaca beraneka jenis majalah, akhbar, novel dan rencana yang berkualiti. Pembacaan yan luas boleh meningkatkan pemahaman anda tentang jenis tulisan, warna dan pelbagai corak yang digunakan, kedudukan gambar, jadual, jarak perenggan di antara teks/Table dll. Untuk memantapkan lagi kemahiran, anda dikehendaki anda mencari teks 1 halaman tambahkan format bahan pembelajaran komputer. Anda harus mengetahui dengan lebih terperinci liputan sukatan program ini. Buat semua tugasan yang diamanahkan, duduki ujian secara percubaan persendirian di rumah. Perhatikan dengan serius kelemahan anda di dalam menguasai program ini agar tidak berulang kesalahan yang sama. Contoh : langkah demi langkah Mail Merge surat @ sampul surat dengan betul. Rujuk nota yang telah diberikan. Anda tidak boleh terlalu bergantung kepada tenaga pengajar komputer anda perlu mencari di mana kelemahan anda perbaiki agar tidak berulang. 

Anda harus berdikari, rajin serta tahu matlamat berkursus di IPM. Banyak latihan di dalam program ini digunakan secara berulang-ulang sebagai contoh : penggunaan pilihan Table, penggunaan pilihan Drawing, penggunaan pilihan menu Format, Standard & Papan Kekunci. Gunakan papan kekunci untuk memudahkan tugasan. Contoh : Bold, Italic, Underline dll (pilihan pada tetingkap Standard & Formatting). Adakan peperiksaan percubaan dengan menjawab soalan dengan masa yang dihadkan. Pembinaan Mail Merge di dalam program ini adalah soalan wajib untuk BAHAGIAN A perlu disiapkan dalam masa ½ jam sahaja. Jika tidak berjaya ulangi sehingga mencapai masa yang diperlukan. Anda harus melatih diri anda dalam penggunaan masa ketika meneliti kertas soalan. Jawapan anda kepada peperiksaan percubaan tersebut sila tulis semula menggunakan pen berwarna biru di atas kertas A4 sebaik-baiknya sebelum ujian bulanan peperiksaan menjelang. Selain itu anda tidak harus abaikan penggunaan menu yang lain selain BAHAGIAN A untuk menjawab soalan BAHAGIAN B masa yang diperuntukkan ½ jam sahaja. 

Contoh : penggunaan pilihan Table dan Border, penggunaan pilihan Drawing, penggunaan pilihan menu Format dll. Peruntukkan masa dengan baik jangan sampai berterusan membuat langkah-langkah Mail Merge sehingga tidak mempunyai masa yang cukup untuk menjawab soalan-soalan yang lain. Peperiksaan percubaan yang anda adakan sendiri di rumah atau ujian bulanan yang telah diadakan pasti telah memberikan anda pengalaman dalam mengatasi masalah sedemikian. Pelajar yang mendapat markah yang memuaskan juga berkait rapat anda.

a) tidak belajar dengan betul b) tidak buat ulangkaji c) baca nota kilat. 

Ingat! Anda mampu mengubahnya!

*** SELAMAT MENCUBA ***