1) FAHAM – Anda harus faham apa yang hendak diingat. Jika tidak faham rujuk buku nota catitan komputer @ buku rujukan komputer yang anda ada @ yang telah dibuat selain buku latihan di bilik komputer.
Jika masih juga tidak faham tanya tenaga pengajar komputer. Yang belum difahami pastikan ditanda dengan tanda soal (?).
2) JARAKKAN/PECAHKAN MASA BELAJAR SETIAP SUBJEK –Jangan sekali-kali mempelajari satu subjek itu berterusan 4 – 5 jam dalam sehari sekadar sekali seminggu dan diikuti lagi dengan mempelajari yang lain 4 – 5 jam berterusan pada keesokan harinya.
Cara ini tidak berkesan. Anda digalakkan untuk menjarakkan masa belajar setiap subjek. Anda boleh pecahkan masa 5 jam tadi sekadar belajar satu subjek itu 1 jam sehari. 5 hari dalam masa seminggu.
Mempelajari sesuatu itu 20 minit setiap hari 7 hari seminggu (jumlah keseluruhan 140 minit) didapati secara saintis lebih bekesan dibandingkan dengan cara mempelajarinya 140 minit berterusan sekadar 1 minggu.
3) LAFAZKAN ISI PENTING DENGAN SUARA YANG KUAT –Setelah anda mempelajari setiap beberapa perenggan atau setiap tajuk kecil dan isi penting telah digariskan atau ditandakan.
Tutup nota anda atau pejamkan mata seketika dan lafazkan isi-isi penting/format/formula/fungsi dan lafazkan dengan suara yang kuat isi-isi penting tadi. Jika pembelajaran melibatkan penyelesaian masalah, anda lafazkan langkah-langkah penyelesaian.
Anda boleh lafazkan atau bisikkan isi-isi penting semasa berbaring sebelum tidur. Belajar secara melafazkan melibatkan telinga, lidah, bibir dan perasaan anda. Teknik ini terbukti secara saintifik sebagai amat berkesan.
Kuasa mengingat terbukti meningkat bila teknik melafazkan digunakan jika dibandingkan dengan belajar secara senyap.
4) PERCAYA PADA DIRI SENDIRI –Semasa anda kecil anda pantang mengalah. Anda belajar meniarap, duduk, merangkak, berdiri, berjalan & berlari. Anda terjatuh semasa belajar berdiri. Anda bangun.
Anda terjatuh lagi ratusan kali semasa belajar berdiri dan ulangi pembelajaran. Anda mempunyai kepercayaan terhadap diri sendiri bahawa anda boleh pandai dengan cara mengulangi pembelajaran.
Teruskan usaha anda. Pantang mengaku mengalah. Anda boleh!!!!!
Ulangi selalu membaca nota, ringkasan, nota komputer, buku-buku rujukan (jika ada). Biarlah setiap topik itu diulangi setiap 3 atau 5 minggu. Tidak kira anda ulangi sekadar 20-30 minit.
Yang penting ialah anda ulangkaji pastikan anda tulis setiap tarikh mengulang dipermulaan bab. Ini akan dapat mengingati bilakah atau berapa kali sudahkah topik atau bab tersebut. Begitu juga teknik melafaz. Lafaz berulang kali sampai teringat dengan lancar.
6) GUNAKAN KATA KUNCI, KATA ISYARAT, KATA RAHSIA, UNGKAPAN LUCU –Pernah dengar kata rahsia ROY-G-BIV. Maksudnya ialah R(Red) O(Orange) Y(Yellow) G (Green) B(Blue) I(Indigo) V(Violet) warna-warna tersebut adalah warna spektrum atau MJK-H-BIU di dalam Bahasa Melayu.
Contoh yang lain “Mak Jalan Ke Hilir Beli Ikan & Udang” perhatikan abjad-abjad MJK H BIU dengan cara ini mengarang ungkapan lucu boleh mengingatkan perkara penting. Nama-nama tersebut ialah TA(Table) B &(Border and) S(Shading) O(Outside Border) N(No Border) @ penyuntingan gambar semua perubahannya anda ingat kata kunci IN-CLID-TEWIFOT.
Nama-nama tersebut ialah IN(insert clip art)-CLI(Clipart)-D(Draw)-TE(Text) W(Wrapping) I(In) F(Front) O(Of) T(Text).
7) ULANGKAJI SEMASA BERBARING SEBELUM TIDUR –sebelum anda tidur anda ingatkan semula perkara yang telah dipelajari. Anda tuliskan nota-nota penting yang diingati di atas tilam anda gunakan jari telunjuk untuk menulis. Amalkan setiap malam anda akan terasa keberkesanannya.
Jika anda mempunyai 600 saat berbaring sebelum tidur, bahagikan masa ini kepada 3 peringkat. Peringkat pertama anda ingat 1 subjek untuk 200 saat diikuti dengan pembayangan terhadap subjek yang lain sebelum tertidur bagi mengelakkan anda berkhayal pastikan jari telunjuk berterusan menulis di atas tilam.